Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Majlis Penyerahan Projek’

Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Gelanggang Futsal Berbumbung Di Taman Seri Setia Tanjung Karang


16 November 2016 - Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Gelanggang Futsal Berbumbung Di Taman Seri Setia Tanjung Karang Serta Kerja-Kerja Berkaitan Majlis Daerah Kuala Selangor telah diadakan bertempat di Taman Seri Setia Tanjung Karang. Majlis telah dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Rosli Bin Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri, PPPN Selangor, YB. Dato’ Samsudin Lias, ADUN Sg. Burong, Pegawai Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan pegawai-pegawai dari PPPN Selangor. Skop kerja bagi projek ini adalah membina baru Gelanggang Futsal Berbumbung berkeluasan (43.0 m x 35.0 m) dan dilengkapi dengan jaring gelanggang. Selain itu, pemasangan Rubberized Flooring pada lantai Gelanggang Futsal juga turut dilakukan dan juga membina baru Bangunan Pejabat, Tandas, Bilik Persalinan dan Surau.

JASA Ibu Enterprise adalah kontraktor yang telah bertanggungjawab melaksanakan projek yang bernilai RM 490,271.20 ini. Majlis Menandatangani Dokumen Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Rosli Bin Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, En. Nurul Azmunir Bin Ahmad, Wakil Majlis Daerah Kuala Selangor dan Encik Abdullah Sani selaku kontraktor utama dengan disaksikan oleh Encik Maruwan Ahmad, Pegawai Khas Adun Sungai Burong. 


Penyerahan Projek Membina Semula Dewan Dahlia B (Blok 4) Dan Pejabat Perbadanan Pengurusan (MC), MP Selayang, Selangor


21 Mei 2017 - Majlis Penyerahan Projek Membina Semula Dewan Dahlia B (Blok 4) & Pejabat Perbadanan Pengurusan (MC), Majlis Perbandaran Selayang, Selangor telah diadakan merangkumi skop kerja membina dan menyiapkan Dewan Serbaguna berkeluasan (15.0 meter x 6.0 meter) termasuk kerja-kerja menurap jalan dihadapan dewan. Projek yang menelan belanja RM 197,500.00 ini adalah untuk kegunaan penduduk Pangsapuri Dahlia B, Selayang menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Upacara Menandatangani Dokumen Penyerahan Projek telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, En. Afandi bin Nordin, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Dahlia B (Blok 4), Haji. Hamzah bin Haji Omar, dan Hj. Mohd Yunus bin Md. Akhir selaku kontraktor utama projek ini.