Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - SDSI 2016’

Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Keluarga Dan Komuniti (FACE) Sempena Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Negeri Selangor


20 November 2016 - Program ini telah diadakan bertempat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Pangsa Seksyen 16 Shah Alam, bersempena sambutan bulan keluarga Peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor dengan kerjasama rakan strategik Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPN Selangor), ICU JPM. Majlis perasmian diadakan di Dewan Jati, Seksyen 16 Shah Alam di mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Program ini telah dimulakan dengan pendaftaran penduduk di sekitar KRT Rumah Pangsa ini seawal jam 7.00 pagi di mana terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dilaksanakan bertujuan bagi memupuk dan memperkasa perpaduan keluarga dan komuniti setempat di antaranya program senamrobik, sukaneka Tabika, pertandingan mewarna, pertandingan tarik tali, cabutan bertuah dan sebagainya. 

Di samping itu, jabatan/agensi kerajaan dan NGO juga telah bersama-sama memeriahkan program dengan mengadakan pelbagai jenis pameran di mana PPPN Selangor telah membuka ‘booth’ eKasih bagi menyelaras pendaftaran eKasih secara terbuka. Program Mobile Team eKasih juga telah diadakan di mana Yang Berhormat Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar bersama agensi pemberi bantuan antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan telah mengadakan lawatan ke 3 buah rumah keluarga eKasih yang terpilih, seterusnya memberikan sumbangan ‘food basket’ kepada keluarga tersebut.


Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2016


24-27 November 2016 - Showcase SDSI Peringkat Nasional 2016 telah berlangsung di MITC, Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu YB Dato' Sri Mustapa Mohamed. Pada tahun ini, penganjuran Showcase SDSI turut melibatkan syarikat-syarikat multinasional (MNCs), International Sourcing Programme (INSP), Business Matching serta aktiviti lain bagi memberi peluang kepada usahawan untuk menimba ilmu pengetahuan, berkongsi pengalaman dan meluaskan jaringan perniagaan. 

Bagi penglibatan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS), Seksyen Pembangunan Masyarakat dan Institusi (PMI) merupakan urusetia di peringkat negeri yang mengurus menyertaan dan Pavilion Negeri. Seramai 20 usahawan SDSI Selangor telah dipilih di Pavilion Negeri Selangor termasuk 3 usahawan Menu Malaysia. 

Bagi Pertandingan Produk SDSI pula, PPPNS telah membawa pulang Hadiah Kategori Pemenang Keseluruhan PERTAMA dengan membawa pulang RM100,000 dengan kemenangan seperti berikut:

Anugerah Usahawan Cemerlang 2016 - Fatihah Frozen Food Sdn Bhd

Kategori Produk Makanan - G & H Cake House Sdn Bhd (1st Prize - RM3500)

Kategori Produk Minuman - MIWA Manufacturing Sdn Bhd (2nd Prize - RM2500)

Kategori Produk Kesihatan - Energy Builder Network Sdn Bhd (3rd Prize - RM1500)

Kategori Produk Kraftangan - Kesuma Enterprise (3rd Prize - RM1500)

Ini merupakan kali ke-3 PPPNS diangkat sebagai Juara Keseluruhan iaitu pada tahun 2012 dan 2013 dan diharapkan inisiatif pertandingan ini dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan SDSI serta Peneraju Negeri khususnya Seksyen PMI dalam memberi perkhidmatan /produk yang lebih bermutu dan berkualit setanding dengan produk keluaran negara luar.