Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Lawatan KKLW ke Tabika KEMAS Sri Siantan’

Lawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke Tabika KEMAS Sri Siantan, Bandar Baru Salak Tinggi


3 Januari 2017 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan lawatan ke Tabika KEMAS Sri Siantan, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor pada 3 Januari 2017 yang lalu sempena pembukaan sesi persekolahan bagi tahun 2017. YB Menteri telah mengambil peluang untuk beramah mesra dengan guru-guru serta murid-murid di Tabika KEMAS tersebut selain mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM6.83 juta bagi kerja-kerja baikpulih Tabika dan Taska di bawah seliaan kerajaan pada tahun ini. YB Menteri turut bercadang untuk melanjutkan operasi Tabika sehingga jam 5 petang mulai tahun depan bagi memudahkan ibu bapa terutama yang bekerja. Lawatan YB Menteri tersebut turut dihadiri oleh YDP JKKKP Parlimen Sepang, YBhg. Dato’ Marsom bin Paing serta En. Shamsul bin Abu Bakar, Pegawai Kemajuan Zon Sepang dan Hulu Langat.