Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Majlis Penyerahan Bantuan Bina Baru Rumah (PBR) ’

Majlis Penyerahan Bantuan Bina Baru Rumah (PBR) bagi DUN Dengkil, Selangor


10 Januari 2017 - Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS) dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan tidak putus asa meneruskan usaha dalam memastikan golongan miskin dan miskin tegar dibantu untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Salah satu daripada usaha tersebut ialah melalui Program Bantuan Rumah di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang turut diselaraskan oleh PPPNS pada tahun 2016 bagi daerah Sepang iaitu sebanyak 4 Bantuan Bina Baru Rumah dan 9 Bantuan Baikpulih Rumah. 

Pada 10 Januari 2017 yang lalu, YB Tuan Shahrum b. Hj. Mohd Sharif (ADUN Dengkil) telah menyempurnakan upacara penyerahan Bantuan Bina Baru Rumah kepada dua orang penerima iaitu En. Lambak b. Kling dari Kg. Bukit Changgang serta Pn. Hasnah bt. Ngadol dari Kg. Olak Lempit. Pembinaan rumah tersebut telah dilaksanakan oleh Giatmara Daerah Sepang dengan kos RM40,000 bagi setiap rumah. Penyerahan bantuan tersebut diharapkan dapat membantu penerima dalam mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa di samping meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tn. Nazurin b. Osman (Pengarah Giatmara Negeri Selangor), En. Shamsul b. Abu Bakar (Pegawai Kemajuan Zon), Pengerusi JKKKP serta pegawai-pegawai dari GiatMara Sepang dan PPPNS Daerah Sepang dan Hulu Langat.