Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Lawatan Tapak Projek’

Lawatan Tapak Menaiktaraf Jalan Masuk Pusat Menembak Kebangsaan, Subang, Selangor


7 April 2017 - Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos 2017. Sebanyak 38 acara sukan akan dipertandingkan di dalam temasya dwi tahunan itu yang melibatkan penyertaan lebih 6,000 orang atlet daripada sebelas (11) Negara di Asia Tenggara. Oleh itu, Seksyen Pemantauan dan Penilaian bersama Seksyen Teknikal Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor telah mengadakan satu lawatan tapak bagi menaiktaraf Jalan Masuk Pusat Menembak Kebangsaan, Subang, Selangor yang akan menjadi venue latihan dan pertandingan bagi acara Sukan Menembak.