Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Lawa Kerja Menteri KPKT’

Lawatan Kerja Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke DUN Dusun Tua


16 September 2017 - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tan Sri Noh bin Omar telah mengadakan lawatan kerja di beberapa buah kawasan perumahan di sekitar DUN Dusun Tua pada 21 September 2017 yang lalu. Beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.2 juta untuk menggantikan dua buah lif, membaiki dua buah lif serta menaik taraf bangunan dan kemudahan di Pangsapuri Taman Segar Perdana, Cheras. Dalam pada itu, beliau juga meluluskan peruntukan sebanyak RM1.7 juta bagi Pangsapuri Taman Kota Cheras Fasa 1 untuk kerja-kerja mengecat semula bangunan, menurap semula jalan, menaik taraf longkang di Blok C dan membina dataran kejat manakala sebanyak RM200,000 diperuntukkan untuk menaik taraf dan mengecat semula dewan di Taman Perkasa Fasa 1.

Turut hadir, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Johan bin Abdul Aziz, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, Dato’ Mohd Rosli bin Ramli serta Pegawai Pejabat Kemajuan Sepang & Hulu Langat, En. Shamsul bin Abu Bakar.