Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - kios penjaja bergerak’

Kursus Peningkatan Kemahiran Dan Keusahawanan Peserta Kios Penjaja Bandar Tahun 2017


28 September 2017 - Seksyen Pembasmian Kemiskinan PPPN Selangor telah berjaya mengadakan satu program Kursus Peningkatan Kemahiran Dan Keusahawanan kepada peserta penerima bantuan Kios Penjaja Bandar Tahun 2017 yang berjumlah seramai 93 orang dari pelbagai latarbelakang perniagaan serta dari pelbagai kawasan Parlimen/DUN. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula dari 28 September hingga 30 September bertempat di Hotel Lexis, Port Dickson. 

Matlamat yang ingin dicapai melalui kursus ini adalah bagi memberi kefahaman kepada peserta tentang konsep asas perniagaan terutama perniagaan berasaskan makanan yang merangkumi pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan serta tatacara pengendalian makanan. Di samping itu, para peserta diberi peluang mendekati usahawan yang telah berjaya dalam sesi lawatan ke syarikat CSM Dairy Marketing (usahawan perniagaan susu kambing) bagi mendapatkan perkongsian ilmu dan pengalaman kejayaan usahawan tersebut serta sesi “Sharing Knowledge” bersama usahawan Green Coffee. Intipati dari kursus ini adalah dengan memberikan sebanyak mungkin ilmu serta tips bagi meningkatkan kemahiran perniagaan setiap peserta penerima bantuan agar dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan serta taraf hidup seterusnya menjadi usahawan yang berjaya satu hari kelak.