Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Program My Beautiful Neighbourhood’

Pelancaran Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) : Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood) Daerah Sepang


14 Oktober 2017 - Serentak dengan Majlis Pelancaran Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS): Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood) oleh YAB Perdana Menteri di tapak pasar tani Saujana Utama, Sungai Buloh, seramai 60 orang sukarelawan turut terlibat dalam program tersebut di peringkat Parlimen Sepang pada hari yang sama. Program ini telah dilancarkan oleh Pengerusi JKKKP Parlimen Sepang, Dato’ Marsum bin Paing di Kampung Sungai Lang Baru, Kuala Langat.

Program ini turut dihadiri oleh Pejabat Kemajuan Zon Sepang dan Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dengkil, Kelab Belia Seri Bentara, pelajar-pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang serta para penduduk sekitar Kampung Sungai Lang Baru. Objektif program ini ialah bagi mewujudkan kejiranan yang selamat, bersih dan indah secara mampan selain menanamkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan kepada penduduk setempat.


Perlawanan Persahabatan Badminton Diantara PPPN Selangor & Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Anjuran KEKSIS


3 November 2017 - Perlawanan ini merupakan perlawanan persahabatan yang sering dilaksanakan oleh Pasukan PPPN Selangor bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi pertandingan di masa akan datang. Selain itu, ia juga berperanan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara staff PPPN Selangor serta menjalin hubungan kerjasama bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor. Pada perlawanan ini, Pasukan PPPN Selangor berjaya menang tipis ke atas pasukan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dengan 5 berbalas 4.


Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN) Peringkat DUN Batang Kali


28 Oktober 2017 - Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN) Peringkat DUN Batang Kali ini telah diadakan di Perkarangan Sekolah Rendah Agama Kampung Kuantan, Batang Kali. Program ini bertujuan bagi menyatukan masyarakat kejiranan dalam satu program gotong-royong menceriakan dan membersihkan kawasan persekitaran bersama-sama.

Program ini turut membabitkan beberapa agensi kerajaan tempatan dan pemimpin tempatan persekutuan seperti BOMBA, KEMAS dan ICU. Program ini telah merekodkan penyertaan lebih dari 150 peserta. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Mat Nadzari, ADUN Batang Kali. Ia turut dihadiri oleh En. Qamaruul Akhyar Bin Husin, Pegawai Kemajuan Zon Gombak dan Hulu Selangor.