Articles Tagged ‘Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor - Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara’

Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara


1 Okt 2017 - Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP), Bangi pada 1 Oktober 2017 yang lalu. Sambutan Bulan Kebajikan Negara yang bertemakan 'Memperkukuh Inklusiviti ke Arah Kesejahteraan Masyarakat' dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan tujuan untuk menyatukan semua kumpulan sasar kementerian berkenaan dengan konsep perkhidmatan kerajaan kepada rakyat bukan bersifat eksklusif tetapi inklusif.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, ADUN Dengkil, YB Tuan Shahrum bin Mohd Shariff dan Pengerusi YDP JKKKP Parlimen Sepang, YBhg. Dato’ Marsom bin Paing.