Articles Tagged ‘Selangor State Federal Development Office - Program Nov 2016’

Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Keluarga Dan Komuniti (FACE) Sempena Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Negeri Selangor


20 November 2016 - Program ini telah diadakan bertempat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Rumah Pangsa Seksyen 16 Shah Alam, bersempena sambutan bulan keluarga Peringkat Negeri Selangor anjuran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor dengan kerjasama rakan strategik Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPN Selangor), ICU JPM. Majlis perasmian diadakan di Dewan Jati, Seksyen 16 Shah Alam di mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. Program ini telah dimulakan dengan pendaftaran penduduk di sekitar KRT Rumah Pangsa ini seawal jam 7.00 pagi di mana terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dilaksanakan bertujuan bagi memupuk dan memperkasa perpaduan keluarga dan komuniti setempat di antaranya program senamrobik, sukaneka Tabika, pertandingan mewarna, pertandingan tarik tali, cabutan bertuah dan sebagainya. 

Di samping itu, jabatan/agensi kerajaan dan NGO juga telah bersama-sama memeriahkan program dengan mengadakan pelbagai jenis pameran di mana PPPN Selangor telah membuka ‘booth’ eKasih bagi menyelaras pendaftaran eKasih secara terbuka. Program Mobile Team eKasih juga telah diadakan di mana Yang Berhormat Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar bersama agensi pemberi bantuan antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan telah mengadakan lawatan ke 3 buah rumah keluarga eKasih yang terpilih, seterusnya memberikan sumbangan ‘food basket’ kepada keluarga tersebut.


Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Gelanggang Futsal Berbumbung Di Taman Seri Setia Tanjung Karang


16 November 2016 - Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Gelanggang Futsal Berbumbung Di Taman Seri Setia Tanjung Karang Serta Kerja-Kerja Berkaitan Majlis Daerah Kuala Selangor telah diadakan bertempat di Taman Seri Setia Tanjung Karang. Majlis telah dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Rosli Bin Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri, PPPN Selangor, YB. Dato’ Samsudin Lias, ADUN Sg. Burong, Pegawai Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan pegawai-pegawai dari PPPN Selangor. Skop kerja bagi projek ini adalah membina baru Gelanggang Futsal Berbumbung berkeluasan (43.0 m x 35.0 m) dan dilengkapi dengan jaring gelanggang. Selain itu, pemasangan Rubberized Flooring pada lantai Gelanggang Futsal juga turut dilakukan dan juga membina baru Bangunan Pejabat, Tandas, Bilik Persalinan dan Surau.

JASA Ibu Enterprise adalah kontraktor yang telah bertanggungjawab melaksanakan projek yang bernilai RM 490,271.20 ini. Majlis Menandatangani Dokumen Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Rosli Bin Ramli, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, En. Nurul Azmunir Bin Ahmad, Wakil Majlis Daerah Kuala Selangor dan Encik Abdullah Sani selaku kontraktor utama dengan disaksikan oleh Encik Maruwan Ahmad, Pegawai Khas Adun Sungai Burong. 


Nov 2016

Round Table Discussion Pembangunan Program Bagi Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40)


23 November 2016 - Program Round Table Discussion Pembangunan Program Bagi Kumpulan Isi Rumah Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40) telah diadakan bertempat di Glenmarie Golf & Country Club ini dilaksanakan bagi membincangkan beberapa cadangan inklusif yang berfokuskan kepada kumpulan isi rumah B40 bagi merangka beberapa program Kerajaan demi membantu kumpulan ini meningkatkan pendapatan serta memperbaiki taraf kehidupan mereka. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nor Rizan bin Mohd Thani, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM.

Perbincangan yang diadakan adalah melibatkan beberapa sektor yang terdiri daripada jabatan/agensi kerajaan, sektor pemain pasaran (market player) dari kalangan syarikat korporat/swasta serta syarikat Badan Bukan Kerajaan (NGO). Di samping itu, perbincangan ini turut mengundang pendapat dan idea dari kalangan usahawan selebriti dari pelbagai bidang yang turut memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi Negara.


Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2016


24-27 November 2016 - Showcase SDSI Peringkat Nasional 2016 telah berlangsung di MITC, Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) iaitu YB Dato' Sri Mustapa Mohamed. Pada tahun ini, penganjuran Showcase SDSI turut melibatkan syarikat-syarikat multinasional (MNCs), International Sourcing Programme (INSP), Business Matching serta aktiviti lain bagi memberi peluang kepada usahawan untuk menimba ilmu pengetahuan, berkongsi pengalaman dan meluaskan jaringan perniagaan. 

Bagi penglibatan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS), Seksyen Pembangunan Masyarakat dan Institusi (PMI) merupakan urusetia di peringkat negeri yang mengurus menyertaan dan Pavilion Negeri. Seramai 20 usahawan SDSI Selangor telah dipilih di Pavilion Negeri Selangor termasuk 3 usahawan Menu Malaysia. 

Bagi Pertandingan Produk SDSI pula, PPPNS telah membawa pulang Hadiah Kategori Pemenang Keseluruhan PERTAMA dengan membawa pulang RM100,000 dengan kemenangan seperti berikut:

Anugerah Usahawan Cemerlang 2016 - Fatihah Frozen Food Sdn Bhd

Kategori Produk Makanan - G & H Cake House Sdn Bhd (1st Prize - RM3500)

Kategori Produk Minuman - MIWA Manufacturing Sdn Bhd (2nd Prize - RM2500)

Kategori Produk Kesihatan - Energy Builder Network Sdn Bhd (3rd Prize - RM1500)

Kategori Produk Kraftangan - Kesuma Enterprise (3rd Prize - RM1500)

Ini merupakan kali ke-3 PPPNS diangkat sebagai Juara Keseluruhan iaitu pada tahun 2012 dan 2013 dan diharapkan inisiatif pertandingan ini dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan SDSI serta Peneraju Negeri khususnya Seksyen PMI dalam memberi perkhidmatan /produk yang lebih bermutu dan berkualit setanding dengan produk keluaran negara luar.