Articles Tagged ‘Selangor State Federal Development Office - KEKSIS’

PPPN Selangor Awaydays 2017


7-8 Oktober 2017 - KEKSIS telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai PPPN Selangor Awaydays 2017 di Bayou Lagoon Park Resort, Ayer Keroh, Melaka. Program ini telah melibatkan seramai 350 peserta yang terdiri dari kalangan warga kerja dan juga ahli keluarga kakitangan PPPNS. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pertandingan Treasure Hunt, Makan Malam PPPNS, Sukaneka dan Cabutan Hadiah Bertuah. Selain itu, pertandingan nyanyian karaoke juga turut diadakan bagi memeriahkan majlis makan malam. Para pemenang pertandingan karaoke telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan juga hamper. 

“Jom Gegau Melaka” dipilih sebagai tema program PPPN Selangor Awaydays 2017 dengan menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian Hari Keluarga PPPN Selangor tahun ini. Melaka yang terkenal dengan tempat-tempat percutian menarik seperti A Famosa, Stadthuys dan Zoo Melaka dapat memberi hiburan kepada mereka yang ingin meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga.

Di samping itu, pilihan makanan popular seperti Coconut Shake, Kuih Keria Antarabangsa, Asam Pedas dan Ikan Bakar Umbai pastinya dapat menggamit hati pengunjung yang datang.


Program Kembara Gunung Datuk, Rembau Anjuran KEKSIS


28 Oktober 2017 - Ini merupakan program kembara gunung yang pertama dilaksanakan pada tahun 2017 dan yang kedua bagi kategori sukan ekstrim. Program yang dilaksanakan oleh Group Kaki Gunung Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor bertujuan bagi memperkenalkan sukan lasak mendaki gunung sebagai salah satu sukan yang menyihatkan dan berfaedah. Selain itu, cabaran yang dihadapi sepanjang pendakian sudah pastinya akan menguji tahap kesabaran, kecekalan dan sifat tidak mudah putus asa dikalangan peserta.

Kejayaan pasukan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor sampai ke puncak telah disambut dengan pemandangan yang indah dan mempersonakan. Peserta berpeluang untuk mengambil masa dan menikmati alam ciptaan tuhan. Pasukan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk naik dan turun semula ke kaki gunung.