Articles Tagged ‘Selangor State Federal Development Office - Program Jom Turun Kampung’

Program Jom Turun Kampung Di Kg. Telok Gong, Port Klang


13 Mei 2017 - Program Jom Turun Kampung menampilkan kolaborasi strategik antara Seksyen PMI/Seksyen Pembasmian Kemiskinan/Unit Khas/Pejabat Kemajuan Zon Klang & Kuala Langat (PPPN Selangor) serta 1M4U dan agensi pemberi bantuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Giatmara yang bersama-sama turun ke lapangan bersama pemimpin tempatan dalam menyantuni khidmat sosial kepada rakyat.

Beberapa program telah direncanakan dengan baik melalui penyampaian food basket kepada golongan prihatin yang memerlukan, program CSR gotong-royong surau dan huluran Sumbangan Bantuan Baju Raya oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi PPPN Selangor (KEKSIS) kepada anak-anak yatim di Pusat Jagaan Baitul Sakinah As-Shariff yang disampaikan oleh Presiden KEKSIS, Encik Afandi bin Nordin merangkap Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Selangor (Operasi). Sambutan daripada masyarakat ke atas program sebegini mendapat maklumbalas yang sangat positif dan memandang tinggi atas keprihatinan Kerajaan kepada masyarakat setempat. Semoga usaha murni ini berterusan dan mendapat keberkatan dariNya.


Program Jom Turun Kampung PPPNS Bersama JKKKP Kampung Kalong Tengah/Hilir Batang Kali


3 Mei 2017 - Program JTK ini adalah Program yang pertama dilaksananakan di Negeri Selangor oleh PPPNS. Seramai lebih kurang 60 orang yang menyertai Program ini  yang terdiri dari pada AJK JKKKP Kg. Kalaong Tengah, Agensi- Agensi Kerajaan Persekutuan seperti MARA,  FAMA,  Pejabat Kesihatan Daerah, JKM,  PPD,  Institut Kraf Malaysia dan ICU Sendiri dari mula hinggalah selesai Program. 

Program ini di Rasmikan oleh YB Datuk Hj. Mat Nadzari Ahmad Dahlan (ADUN Batang Kali). Antara pengisian program ialah,  Program ini bermula dengan acara sarapan pagi masyarakat kampung bersama Pemimpin Tempatan Persekutuan (PTP). Seterusnya Program ini diteruskan dengan sesi Program Mobile Team di mana semua Agensi dan PTP bersama- sama ke 5 rumah yang telah dikenal pasti untuk menerima bantuan dan membuat pendaftaran E-Kasih. Pengisian lain di dalam Program JTK ini adalah lawatan ke Surau Kampung Hilir untuk melihat permohonan naik taraf pintu pagar surau dan seterusnya membuat lawatan ke 3 tempat IKS seperti tempat pembuatan sos cili,  kuih semperit dan kraf bag. 

Program JTK ini berakhir di Huda's Heaven Resort untuk sesi makan tengah hari dan sesi bergambar bersama semua wakil-wakil Agensi dan PTP.