Seksyen Pemantauan & Penilaian


FUNGSI SEKSYEN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
 
  1. Menyelaras, mengesan dan menilai pelaksanaan dasar-dasar utama pembangunan negara dari segi strategi pelaksanaannya dan program/projek di bawahnya.
  2. Mengesan pelaksanaan program / projek pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah rancangan pembangunan negara melalui SPP II dan jentera penyelarasan pelaksanaan (Arahan No.1 2004).
  3. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di peringkat negeri.
  4. Melaporkan atau menyediakan ulasan kepada Majlis Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri mengenai kemajuan, isu dan masalah pelaksanaan projek swasta secara berkala.
  5. Merancang dan melaksanakan tugas keurusetiaan dan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri.
  6. Memantau mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Pembangunan peringkat daerah.
  7. Memantau pelaksanaan projek di bawah peruntukan Kementerian Pelancongan dan Warisan.