Seksyen Pembasmian Kemiskinan


FUNGSI SEKSYEN PEMBASMIAN KEMISKINAN
 
  1. Menyedia pelan strategi di peringkat negeri dan daerah serta merangka kajian dasar kemiskinan, kaedah pelaksanaan program dan pengurusan maklumat kemiskinan.
  2. Memantau dan menguruskan penyediaan rekod keseluruhan data perangkaan dan pemetaan kemiskinan serta memastikan kesahihan data dan analisis perangkaan kemiskinan seluruh negeri.
  3. Menguruskan tugas keurusetiaan jawatankuasa focus group dan Jawatankuasa Kemiskinan di peringkat negeri termasuk pengurusan laporan dan maklum balas kemajuan program pembasmian kemiskinan daripada jabatan yang terlibat.
  4. Mengurus laporan kepada jawatankuasa/kerajaan negeri dalam merancang, melaksanakan, memantau dan menilai semula kesan kepada program pembasmian kemiskinan bersama agensi yang terlibat dan juga pelaksanaan serta pemantauan melalui e-kasih.
  5. Memantau dan menilai impak pelaksanaan program dan projek pembasmian kemiskinan
  6. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan rintangan jika pelaksanaan program / projek menjejaskan objektif dasar pembasmian kemiskinan.
  7. Mengkaji semula sistem dan mekanisma pelaksanaan program/projek bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaanya dan mempercepatkan pencapaian pembasmian kemiskinan khususnya kemiskinan tegar.