Perutusan Pegawai Kemajuan Negeri


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Salam Sejahtera

Saya mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung  laman web Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor. Semoga kita  dapat berinteraksi dan berkomunikasi di laman web ini. Laman web Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPPNS) memaparkan maklumat mengenai organisasi dan profail PPPNS, pautan talian aplikasi ICU JPM dan prestasi pelaksanaan projek Persekutuan di peringkat Negeri yang difikirkan bermanfaat kepada pengunjung sekalian. Di samping itu, maklumat-maklumat terkini jabatan turut dipaparkan di sini. Saya sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang boleh diketengahkan di sini yang mana ia boleh memberi manfaat kepada pengunjung-pengunjung lain.

Sekian wassalam.

Pegawai Kemajuan Negeri Selangor

DATO' MOHD ROSLI BIN RAMLI
PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI SELANGOR,
UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN,
JABATAN PERDANA MENTERI ( ICU JPM )