Piagam Pelanggan


 

KOMITMEN :

"ICU JPM Akan Memberikan Perkhidmatan Yang Cemerlang, Berkualiti Dan Berintegriti Melalui Amalan Urus Tadbir Yang Terbaik Dengan Berkesan Berasaskan Piagam Pelanggan Seperti Berikut :

PERKHIDMATAN TERAS UTAMA

  1. Memberi maklumbalas awal terhadap Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) kepada Kementerian dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permintaan.
  2. Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi dalam tempoh tiga (3) hari daripada permohonan diterima.
  3. Memberi maklumbalas awal terhadap permohonan khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal berkaitan dengan pengurusan Projek Pembangunan dalam tempoh tiga (3) hari selepas menerima permohonan.
  4. Mengemukakan ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri ke Kementerian dalam tempoh sepuluh (10) hari daripada tarikh penerimaan notis.
  5. Memberi keputusan permohonan projek yang dikemukakan melalui eKhas dalam tempoh tiga (3) hari.
  6. Menjana senarai profil Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin/Miskin Tegar daripada eKasih dalam tempoh dua (2) hari selepas perbincangan dan persetujuan dibuat ke atas jenis dan keperluan maklumat ditepati.
  7. Memberi maklumbalas awal terhadap permohonan/pertanyaan berkaitan projek/program Bumiputera Sabah/Sarawak dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima. 
  8. Maklumbalas pertama daripada Call Centre BLESS dalam tempoh  satu (1) hari. 

PERKHIDMATAN SOKONGAN

  1. Memberi maklumbalas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh pemohonan diterima.
  2. Memberi maklumbalas pertama kepada pertanyaan/aduan sistem/rangkaian ICT yang diterima melalui Call Centre ICU JPM dalam tempoh satu (1) hari.
  3. Memberi maklumbalas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.

PEMULIHAN PERKHIDMATAN :

Jika Atas Sebab-Sebab Tertentu ICU JPM Tidak Dapat Menunaikan Tanggungjawab Dalam Tempoh Yang Dijanjikan, Kami Akan Dengan Serta Merta Memberi Jaminan Kepada Pihak Pelanggan Untuk Melaksanakannya Dalam Masa Yang Dipersetujui.”


Nota : Komitmen ini berkuatkuasa mulai 1 Mei 2016 hingga 31 Disember 2018 dan telah melalui proses semakan/gubalan semula pada 31 April 2015.


STAKEHOLDER & PELANGGAN UTAMA

  1. Y.A.B. Perdana Menteri.
  2. Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri.
  3. Y.A.B Menteri Besar/Ketua Menteri.
  4. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
  5. Ketua Setiausaha Negara.
  6. Anggota Pentadbiran.
  7. Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Peringkat Persekutuan dan  Negeri & Badan Berkanun Persekutuan.
  8. Pemimpin Tempatan, Pemimpin Masyarakat (Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO)).
  9. Kumpulan Sasar.